Tuesday, April 5, 2011

~Seram II~


Tetiba harini aku terigt nk sambung kisah seram siri II spt yg telah kujanjikan sblm ini. Idea ini tiba2 tercetus apabila lif kt opis ku ini sejak 2 hari kebelakangan ini telah rosak. Boleh dikatakn hampir semua lif rosak dn hanya tinggal 1 lif je yg ok.

Ceritanya bermula begini-smlm hri isnin la kan...mcm biasa la monday bluess...asal isnin je mcm mls nk p kje, udah la sampai lmbt, bila nk naik lif je tiba2 ada notis kt tepi pintu lif yg mengatakn bahawa lif trsbt rosak. Then bila pintu lif trsbt terbuka aku naik je la dlm keadaan ragu2, lgpun dah lmbt mls nk pk panjang. Lps tu ada lg notis bertampal kt dlm lif pulak. Notis itu berbunyi begini "Lif ini boleh naik untuk tingkat ini sahaja - 2,4,6,8,10,12". Aik! kenapa level yg nombor genap je boleh? Konpius disitu. Ini bermakna level yg no genap shj lif itu akn stop, manakala no ganjil pula lif itu akn 'stuck'. Nsb baik opisku level 10 so selamat la sampai hehee. Tp kan...mengikut kepercayaan org2 cina nombor2 ganjil ni terutama no. 3 manyak sueh..(betul ke aku sebut nih). Tp...betul ke? Ish..x usah percaya la...kebetuln je tu...percaya krg jd seram pula.

Seterusnya nsb yg kurang baik jg telah berlaku pd bos dan jg sorng lg teman sepejabatku. Bos aku cerita la lif tu boleh 'stuck' kt level 5, pas tu x naik2 dah. Yg sorang tu dah takut fikir cmne nk kuar dr lif tu, ha... nsb baik bkn sorang2 if not...stuck la sorang2 sambil kebas jari-jemari dok push punat emergency button lif tu, nsb baik bos aku tu cool orgnya. Tanpa berfikir panjang lg beliau cube jg bukak pintu lif tu sehingga terbuka dn cpt2 keluar dr situ sblm tersepit lalu menggunakn tangga shj utk ke tingkat 10. Terigt aku cerita final destination uish...takot gak lau tersepit kepala kt pintu lif tu sampai tercabut kepala ngeeee...~~

Begini la...cerita seram yg aku nk sampaikn ni mengisahkn tentang lif jg dn ianya berlaku pd diriku sewaktu zmn2 study kt MSU dulu la. Ms tu sem 2 dah, aku stay kt apartment TTDI jaya. Ada la satu mlm tu aku nk g kedai beli top up, ms tu aku br terperasan kredit fon da tamat tempoh, tu pun perasan ms nk send msg to my incik boyfrie.

Pd mlm trsbt tak tau kenapa mcm sunyi sepi je pdhal br pukul 10.30 mlm dn selalunya time2 cenggitu ada je org lepak2 kt tmn bwh tu dn kdg2 sampai ke pg. Aku pun x de la pk bkn2 sgt sbb kdg2 aku g turun sorang2 je g kedai tp mlm tu tiba2 lak one of my housemate nk ikut temankan pula, mcm tau2 je ada mende seram nk jadik. Sampai2 kt kedai tu tutup pula...pelik gak, jarang tutup awl lps tu suasana mlm tu sunyi mcm dah pukul 12 mlm ke ats je. Mmmg pelik sgt2 sbb lgsg x de org lalu lalang ke, naik lif ke or bunyi kenderaan ke ms tu, seolah2 ms tu mmg dah mcm pukul 12 mlm ke ats. Dlm pemikiran aku ms tu fikir mgkin secara kebetulan semua org tdo awl kot. Tp still x pk bkn2 lg.

Bila hajat nk membeli top up tak kesampaian aku mengambil keputusan utk call my boyfrie guna public fon je la. Nsb baik ada duit syiling boleh la ckp dlm ms 10 minit gitu, cukup la ckp hal yg penting2 je. Ms aku tgh berckp2 tu tiba2 lif kt dpn public fon nih asyik terbuka dn tertutup begitu la seterusnya sehingga adalah lbh kurang 5 kali la lif tu tebuka dn tertutup. Mula2 pk mybe ada org main lif atau lif tu sensored nya rosak. Tp lps tu lif sebelah kiri pulak begitu juga...mcm berjangkit plak...setiap kali lif tu terbuka je ktorng tgk ada org keluar dr lif ke. Kejap2 lif kanan, kejap2 lif kiri pula terbuka. Lm2 ktorng rs lain mcm je lif ni lg2 dgn suasan pd mlm trsbt yg agak suram dn mcm ada kabus lak dpn lif tu. Mcm kabus kt cameron highland tue... padahal x lah sejuk sgt mlm tu, hujan pun idak. Aku ni jenis yg mls nk pk bkn2 buat derk je sambil meneruskn perbualn kt public fon tu. Tp member aku ni lak da rs x sdp ati sibuk ajak aku blk cpt2. Yelah, aku pun rs mcm x selesa jg tgk lif tu main2 kan kami. So cpt2 la ktorng bla g balik kt blok umh kami. Dlm perjalanan nak menuju ke blok umh tu kami msti melalui jln kt tmn permainan kt bwah blok ni. Bayangkan...kabus yg kami nmpk dr lif tu da sampai ke tmn permainan ini pula, disertai dgn tiupan angin malam yg mmg menyeramkn suasana la ketika itu. Cpt2 kami berlari ke arah lif blok kami. Nsb baik x de terjumpe atau terserempak dgn mana2makhluk entiti huhuu. Ckp psl makhluk entiti nih, sbnrnya ada lg satu cerita seram dimana kami prnh diganggu, tp yg tu nnt2 la ye aku cerita yek. Cukup lah setakat ini.
~ENJOICE walaupun x berapa nk seram~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...