Monday, May 31, 2010

~Corat- Coret~

Tetiba aku rasa sgt rajin pula untuk aku mencoretkan ceritera kisahku ini. Padahal barusan sahaja aku mencoretkan perihal majlis persandingan sepupuku yg ku kira tidak lebih dr 4 jam yg lalu. Bila kerajinanku untuk menaip dan idea itu datang memang x menyempat2 la jadinya, time tu juga la aku nak menaip. Bila aku mati kutu kekeringan idea atau tahap kemalasan ku tiba walaupun di kala itu ada je story2 yg patut aku ceritakan di sini tp jangan harap la aku nak taip.

Sebenarnya keadaan kesihatan ku pada minggu ini juga agak kurang memuaskan, di mana tekak ku sangat sakit dan hidung ku yang agak gatal2 kerana di serang 'flu', harap2 bkn terkena jangkitan H1N1. Keadaan selera makan ku juga tak menentu sehingga memberi kesan kpd berat bdn ku yg kejap naik dn kejap turun. Br minggu lepas aku g timbang turun la 2 kilo, begitu la keadaan diri ku kejap naik kejap turun, kejap aku selera dan terkadang aku tak selera nak makan. Berat badan aku turun bkn kerana aku nak berdiet tetapi telah di pengaruhi oleh kesihatan ku dan juga emosi ku yang tidak berapa stabil kebelakangan ini.

Selain itu, isu2 semasa sejak akhir2 ini juga tidak kurang hebatnya, ada2 sahaja kes bunuh-membunuh dipaparkan, tidak kira kes pembuangan bayi, kes pembunuhan wanita samada di dalam atau luar negara semuanya membuatkan aku rasa mual dan ngeri pabila melihat foto2 tersebut serta takut dengan keadaan yg mengerikan itu. Aku sentiasa berdoa dan berharap perkara tersebut tidak berlaku pd diri ku, keluarga, rakan2 serta di Malaysia. Kadangkala kita juga perlu berhati2 kerana ada orang yg sedang memerhatikn kita tanpa di sedari dan yg paling penting kita haruslah tidak bermusuhan dgn org lain sehingga menjadi dendam maka berlaku lah perkara2 yg tidak di ingini.


3 comments:

nieja said...

ko x g check ke asha

Ashmira said...

x p lg. lau teruk sgt br aku p klinik.

nieja said...

wei lame x update blog
rendu la kat ko

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...