Friday, December 4, 2009

First Week Practical.

1 minggu dah L.I tapi lum ada keje yg patut aku buat. Setakat ni fotostat and fax je keje aku. kekadang jadi operator jwb panggilan , yg lebihnya aku duk mengadap dpn PC yang x bernyawa sampai aku tertido hehehe.

Keje yang aku buat ni lebih kepada event. bulan ni banyak event. Di antaranya KLCC Photostops Launching. New Year celebration yg maybe akn diadakan di dataran merdeka(masih dlm meeting). Tp nampak la keje2 yang aku buat tu berkaitan dengan apa yg di pelajari dulu. Masa buat event dulu la. Kat UNIT PERLANCONGAN DBKL ni kekadang aku kena cal jbtn2 DBKL yang lain, hotel and travel agencies lepas 2 hari fax invitation or meeting.Kira follow up calls la.

Staf2 kat sini semuanya baik. so seronok la tak ada yang dengki2 dan busuk hati. Tak sombong. Ada la sorang senior kita kerja kat sini. Tak silap aku batch Mis Raihan. Banyak la yang dia ajar aku. Hmm..harap2 next week ada la kerja2 yg lebih mencabar buat aku yang kebosanan ini. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...